Thursday, December 02, 2010

Drama Review Part 1~Korean Drama

Jarang-jarang untuk aku buat drama review sebab aku selalu rase review orang lain lagi gempak dari aku..This is my starting point..aku nyer suke la..aku nyer blog..

Btw, kali ini aku nak review 3 cerita yang aku tengah layan sekarang.. All in rojak...mostly in BM la.. expression lebih impak and powerful aku rasa.

*Contain spoiler..read it at your own risk

1st; Fugitive Plan B


Featuring, Rain, Daniel Henney (yang perempuan aku don't even bother pun since aku lebih nampak diorang jek (i.e. Rain and Daniel Henney))..

Started it out with semi naked Rain keluar dari laut...gempak la..nampak stylo milo gitu..

Anyway, bila dah masuk episode ke 6 gitu, aku rasa tetibe fed-up lak ngan jalan cerita dia..sebab Rain memang le gempak dalam tuh, cume polis bangang tuh tak paham-paham yang bukan Rain yang bunuh partner dia dalam cite tuh...aperaaaa... dan jalan cite agak slow and aku rase offended lak tengok Rain jadik private investigator yang pervert. Sekarang dah okey dah lepas tengok sampai one part of the Rain's partner mati kene cucuk ngan racun ularr...scary dowhh.

Rain yang pervert tapi bijak sangat-sangat dalam drama nih

Btw, mengikut mata aku yang biasa ini, aku nampak baju-baju (especially suit-suit yang Rain & Daniel Henney pakai) nampak stylo jek..Tapi untuk orang seperti laki aku, dia dapat membezakan suit tersebut Hugo Boss la, LV suit la, Dunhill la..for me was like 'WOW'. Gile kayaaaa~ boley kan pakai suit mahal, lari macam orang gila..and yet maintain stylo..siap berlawan pakai suit tuh lagik!

Anyway..

Aku tengok gak sampai episode ke 12 setakat hari ini sebab:-

1) Aku curious siapa le Melchidec yang cukup powerful tuh
2) Aku macam suka lak tengok Daniel Henney cakap omputeh..berabukkk..*macam tak penah tengok dia cakap dalam cite 'Wolverine' kan? poyoss*
3) Aku suke Rain walaupun dia jadik manusia yang agak pervert dalam cerita ini..
4) Kelakar...aku suke tengok drama kelakar and ada ganas-ganas nyer element yang jarang dapat tengok kat dalam cerita drama korea. Action yang best! Action terbalik-balik kereta kat Jepun and kat Seoul memang buat cerita ini jadik lagik gempak!
5) Shooting diorang takle kat merata-rata tempat...Thailand, Philippines, China, Japan, Macau, HK etc. Memang mantap laa..Rain cakap Mandarin, Japanase...memang nampak convincing~
6) Usha kereta-kereta yang diorang drive kat dalam cite tuh..especially Hyundai Sonata baru...memang gegar iman la...
7) Cerita ini tak typical sangat. Unlike other korean drama (i.e. scene kat bar, mabuk-mabuk yang banyak terlampau, minum soju, watak tempelan yang menyakitkan mata, mushy2 scene yang memualkan etc)
8) Aku suka cite korea..need to say more??

Aku suka ngan cerita nih..since Rain buat comeback kat 'Hallyuwood' balik...Takle concentrate kat Hollywood jek. Btw, tak ramai perempuan yang berlakon dalam cerita ini...dan tak memberi sebarang significant impact pun... aku rasa..mengingatkan aku pada watak-watak tempelan dalam cerita Kasatria Baja Hitam. Aku tak ingat pun ada watak perempuan dalam cite tuh *ada kaitan ke?*

Cerita ini sedang ditayangkan di KBS World and dekat nak abih pun...aku lak...since takde TV, download kat opis and tunggu subtitles keluar kat withs2 nyer website.

2nd; Marry Me, Mary


Ultimate reason aku tengok cerita ini adalah kerana....Jang Geun Suk. Selepas cerita You're Beautiful, aku macam suka lak tengok dia berlakon. Selain dari muka dia yang jambu ituewww...(Mak sukee~ hahahahaha), aku suka tengok apa kelainan yang dia bawa..

Bermula...dari watak perempuan...yang aku rasa adorable gila, Wi Mary (lakonan mantap dari Moon Geun Young). Rumah dia kene confiscated..kesian...

To cut the story short, like any other typical korean drama...mesti ada love triangle...cuma kelainan dari cerita ini adalah...uisshhh..dari plot cerita yang agak berbeza...Watak-watak dalam cerita ini semua nampak impak,takde yang left out ataupun ketinggalan...semua ada significant impact pada aku yang menengoknyer ini...

typical scene dalam cerita korea..scene minum

Seperti layman yang tak tahu sangat ntah mende menatang cinematography what ever sh#@, aku hanya boleh kategori cerita ini sangat entertaining... Disebabkan perempuan Wi Mary yang sangat sweet dan TAK mengada-ngada tahap cipan and tak oberrgghh itu.

Ada satu part yang paling buat aku suka bila Wi Mary buat muka macam Puss in Boots dalam cerita Shrek. Memang superb!

Yang buat aku pissed off adalah...cerita ini tengah tayang kat Korea..dan aku mendownload nyer setiap hari Selasa dan subtitles english nyer...lembab gile nak keluar. Kali ini, subtitles aku dapatkan dari website mehanata.net via midnights-dreams.com. Cerita ini akan ditayangkan di KBS World..bila? Dalam bulan 12 ini, no exact date, Aku tak pasti.

To date, aku baru tengok cerita ini episode ke 5 baru. Masih menunggu subtitles nyer..Aigooo.. Sementara itu, aku layan dulu cerita...

3rd; Sungkyunkwan Scandal (SKKS)


Jangan tanya aku pun apa maksud Sungkyunkwan itu. Yang pastinya...itu adalah kata nama KHAS. Nama universiti kat dalam cerita itu.

Cerita ini berkisar pada zaman Joseon (Joseon dynasty). Banyak mende yang aku tak paham dalam cerita ini..especially bab-bab Noran la, Soran la (what the "toot"). Memang tak paham. Aku layan gak cerita ini..managed to watched until episode 3.

My verdict?

Best...menarik..disebabkan setting zaman dulu kala..Cerita ini memang details...from the costume, settings, uishh..pendek kate semua la...Tidak boleh dinafikan, pada sesetengah orang yang kureng dengan cerita period, atau zaman-zaman lampau ini...mungkin cerita ini tidak sesuai. Aku? Suke....sebab bila aku try banding kan dengan cerita-cerita zaman dulu kala (cerita melayu), aku end up akan komen baju la, settings la..macam-macam... Perbezaannyer macam langit dan bumi..

Bukan aku nak lekehkan cerita melayu, cuba tengok cerita melayu yang settings nyer zaman dulu..mesti kelakar..yang aku boleh kasik kredit adalah cerita zaman-zaman jepun jek..Ada cerita erma fatima itu..yang itu aku suke...

Like typical korean drama...mesti ada love triangle kali ini...and mesti ada mamat jambu yang boleh buat watak perempuan lain tenggelam. Seriously..

Nanti aku akan review lagik cerita ini sebab aku baru dapat tengok sampai episode 3.

Btw, aku download cerita ini melalui link mehanata.net..same goes with the subs..This drama already finished on 2nd November arituh, dan aku baru nak start tengok. There is possibility for 2nd season nampaknye... Ada tayang kat KBS World gak.

Being typical me...awal-awal arituh assume yang cerita ini macam tak best..end up okey jek..

For Korean Drama lovers...hope this review will help you guys a bit...

Okey..tata for now...

*very exhilarating gak menulis dalam bahasa melayu ini...hahahah*

0 comments: